Try look at this ..

Sunday 1 April 2012

Video Tragis: Pengunjung Pantai Dibaham Paus Pembunuh Hidup-hidup



Sesungguhnya, setiap yang hidup itu, telah pun ditetapkan oleh Allah S.W.T akan mati juga seperti yang telah tertulis dalam takdir Illahi.
Namun, tiada siapa yang mengetahui bila, waktu dan saat kita semua akan mati kerana itu semua adalah rahsia dari Allah.




Sebuah video yang menyayat hati, benar-benar meruntun perasaan sedih tatkala melihatkan insiden tragis yang menimpa ke atas seorang lelaki yang sedang bergembira di tepi pantai.
Lokasi dalam video itu tidak dapat dikenal pasti tetapi penulis yakin, kejadian itu berlaku di negara Arab.
Seorang pengunjung pantai kelihatan gembira untuk menikmati aktiviti riadahnya di tepi pantai.
Bagaimanapun, kuasa Allah mengatasi segala-galanya apabila seekor ikan paus pembunuh berenang ke tepi pantai dan seterusnya membahan lelaki tersebut!
Subhanallah! Tiada apa yang mampu diungkapkan melainkan istighfar yang mendalam dalam hati.
Semoga kejadian ini dapat kita sama-sama jadikan iktibar dan berdoa semoga Tuhan sentiasa memberi perlindungan kepada diri kita setiap masa. Insyallah.


Masjid Ar-Rahimiah ‘terapung’ ketika solat Jumaat



KLANG: Jemaah Masjid Ar-Rahimiah, di sini, terpaksa menunaikan solat Jumaat di tingkat satu dan tingkat dua masjid berkenaan selepas dewan solat utama dipenuhi air akibat banjir kilat, semalam.
Timbalan Nazir Masjid, Jaafar Samsuddin berkata, dewan solat utama masjid dipenuhi air akibat hujan lebat menyebabkan air longkang dan air dari bukit berhampiran melimpah.
Katanya, kerugian dianggarkan RM800,000 kerana permaidani dewan solat perlu diganti baru selain peralatan audio yang rosak ditenggelami air.




“Selain itu, perpustakaan yang menempatkan buku bacaan dan kitab serta bilik imam dimasuki air.
“Buat sementara waktu, solat dan aktiviti keagamaan diadakan di tingkat satu dan dua masjid sehingga permaidani baru siap dipasang,” katanya ketika ditemui, semalam.
Jaafar berkata, pihaknya sudah membina tembok simen di depan dewan solat bagi menghalang air memasuki dewan solat selepas kejadian sama berlaku beberapa tahun lalu.
Namun, kali ini pengurusan memecahkan tembok simen berkenaan bagi membolehkan air yang bertakung dalam dewan solat dikeluarkan.
Katanya, pengurusan masjid sudah beberapa kali mengutarakan masalah dihadapi kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), namun masalah sama masih berulang.
Menurutnya, buat sementara waktu, satu tembok yang lebih tinggi dibina di dewan solat utama bagi mengatasi masalah berkenaan supaya tidak berulang.

sumber : hmetro

Awas! Taktik menculik budak di pasaraya



Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.
Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya.Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.
Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur , dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.




Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit !Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.
Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit.Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas
SEBARKAN BERITA INI SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA!


sumber : hmetro

Fatwa dan hukum menyambut ‘April Fool’s Day’


Presiden Persatuan Ulama Dunia, Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyebut:
Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]
Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]
Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]





Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab:
  1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
  2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
  3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
  4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.
Sheikh Atiyyah Saqr pula menyatakan:
Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.
Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan darurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “darurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Darurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.
Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].
Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi iaitu ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan.
Sheikh Shalih Fauzan menyatakan :
Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari April Fool, mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”
Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.


sumber : hmetro

2 beradik terselamat, kereta putus dua


KEADAAN kereta Proton Iswara terputus dua dalam kemalangan di Lebuh AMJ berhampiran Rembia, Alor Gajah malam kelmarin.
ALOR GAJAH – Dua beradik terselamat walaupun kereta yang dinaiki mereka terputus dua setelah terlibat dalam kemalangan di Lebuh AMJ berhampiran Rembia di sini malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, dalam kejadian pukul 9.10 malam itu, kereta jenis Proton Iswara yang dipandu Soo Yang Shin, 18, dari arah Rembia menghala ke bandar Melaka dipercayai terbabas lalu memasuki laluan bertentangan.




“Kereta ini kemudian bertembung pula dengan sebuah kereta jenis Honda Civic dipandu seorang lelaki menyebabkan Proton Iswara itu terputus dua.
“Yang Shin dan adiknya, Soo May Xin, 16, yang duduk di bahagian hadapan bagaimanapun terselamat dengan mengalami kecederaan parah,” katanya di sini semalam.
Menurutnya, kedua-dua mangsa menerima rawatan di Hospital Melaka dan keadaan mereka dilaporkan stabil.
Katanya, pemandu kereta jenis Honda Civic berkenaan, Salehuddin Ishak, 42, turut terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

200 ‘Awang Hitam’ merusuh


SEBAHAGIAN daripada warga Nigeria berkumpul di Kondominium Venice Hill, Batu 9, Kajang semalam.
KAJANG – Kira-kira 200 ‘Awang Hitam’ yang tinggal di Kondominium Venice Hill, Batu 9 di sini merusuh setelah mereka tidak berpuas hati dengan tindakan tujuh anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang didakwa memukul seorang pelajar warga Nigeria di pekarangan kondominium itu semalam.
Rusuhan pada pukul 12 tengah hari itu menyebabkan sebuah pondok pengawal di pintu masuk utama dan salah satu pejabat pengurusan di blok Tower 3 kondominium tersebut rosak dipecahkan kumpulan tersebut.




Seorang saksi berkata, warga Nigeria terbabit bertindak berkumpul di tepi jalan dengan membawa parang dan batang besi kerana tidak berpuas hati rakan mereka dipukul.
Kejadian itu dikatakan berpunca apabila suspek berusia 35 tahun yang juga seorang pelajar sebuah kolej di sini didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang tukang cuci wanita tempatan berusia 43 tahun.
Lelaki berkenaan didakwa bertindak memeluk, mencium serta mencabul mangsa terbabit ketika wanita melakukan kerja mencuci di tingkat 15 blok Tower 3 kondominium tersebut pada pukul 11.30 pagi.

sumber : hmetro

Telur Rebus Air Kencing Kanak-Kanak Lelaki


Dunia ini sememangnya memiliki pelbagai budaya aneh dan tradisi pelik yang kadangkalanya layak dianggap sebagai satu amalan yang meloyakan anak tekak kita.
Di Dongyang, sebuah kawasan yang terletak di provinsi Zhejiang di China, terdapat sejenis resepi tradisi masyarakat tempatan yang diberi nama ‘telur anak teruna’ (Virgin Boy Egg).
Menurut laman ibtimes.com, resepi ‘telur anak teruna’ itu diperbuat dari telur ayam yang direbus di dalam periuk besar dengan menggunakan air kencing budak lelaki!




Sebuah baldi besar disediakan di tandas-tandas yang digunakan oleh kanak-kanak lelaki dan para peniaga ‘telur anak teruna’ akan mengumpul air kencing tersebut untuk dijadikan ramuan resepi itu pada setiap hari.
“Ia sangat bagus untuk kesihatan, kami makan (telur anak teruna) setiap hari dan seluruh keluarga di Dongyang menggemarinya,” kata penjual telur tersebut, Ge Yaohua, 51.
Masyarakat Dongyang mendakwa bahawa antara khasiat ‘telur anak teruna’ itu ialah ia mampu menguatkan tubuh dan menghilangkan rasa sengal-sengal badan pada sesiapa yang menikmatinya resepi ‘istimewa’ itu.
“Dengan makan telur ini setiap hari, kami tidak akan sakit pinggang, kaki atau sendi. Ia juga mampu memberikan tenaga tambahan untuk kami bekerja,” kata Li Yangzhen pula yang kemudiannya membeli 20 biji ‘telur anak teruna’ dari Ge.
Sesetengah pakar perubatan tradisional masyarakat Cina bagaimanapun agak khuatir dengan tradisi yang berasaskan urin dan dimasak secara terbuka di gerai-gerai telur tersebut.
Begitu juga dengan sesetengah masyarakat di Dongyang yang sangsi dengan makanan tradisi masyarakat di situ dan enggan meneruskan budaya itu dengan keluarga masing-masing.
“Saya tidak percaya pada khasiat telur itu, jadi saya tak makan telur itu,” kata Wang Junxing, 38. – Mynewshub.my

Bayi derita kepala besar



PULAI – Sepasang suami isteri merayu simpati masyarakat termasuk tenaga kepakaran doktor bagi membantu bayinya berusia sebulan empat hari yang kini bertarung nyawa selepas disahkan menghidap penyakit hydrocephalus atau kepala besar.
Bayi terbabit, Muhammad Akid Hazimi Jalalludin baru sahaja menjalani pembedahan bagi membuang tumor dan air di kepalanya yang semakin mengembang di Hospital Kuala Lumpur, 27 Februari lalu.
Meskipun begitu, bagi pasangan Jalalludin omar, 36, dan isterinya, Safiah Md Nasir, 30, mereka pasrah dengan ketentuan ilahi apabila dikurniakan anak kelimanya itu tidak seperti kanak-kanak lain.




Kepala Muhammad Akid Hazimi membesar sehingga berukur lilit 46 sentimeter semasa dilahirkan, berbeza dengan bayi normal lain yang hanya bersaiz ukur lilit sekitar 35 sentimeter.
Menurut Safiah, anaknya mula dikesan mengalamai masalah itu ketika kandungannya berusia 21 minggu.
“Menurut doktor, saiz kepala anak saya membesar, manakala jangka hayatnya berkemungkinan tidak lama berikutan tisu otaknya dipenuhi air.
“Perasaan saya sedih dan tidak sangka boleh jadi macam ini, puncanya apabila air ketuban saya pecah dan terus pergi ke hospital.
“Apabila doktor buat pemeriksaan dia cakap bayi saya ada masalah. Pada mulanya saya tidak dapat menerima namun lama kelamaan saya redha ketentuan takdir, mungkin ALLAH nak uji saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Pulai Indah, di sini semalam.
Safiah berkata, selepas anaknya menjalani pembedahan pada 27 Februari lalu, bayi itu mula lebih sihat daripada biasa.
“Menerusi proses pembedahan itu, doktor terpaksa meletakkan satu tiub khas disambungkan terus ke usus bagi mengalirkan lebihan cecair di kepalanya,” katanya.
Sementara itu, bapanya, Jalalludin yang membuka bengkel kereta secara kecil-kecilan berhampiran rumahnya berkata, dia bersama isteri akan tetap berusaha mengubati penyakit anaknya meskipun peluang untuk melihat bayi itu membesar dengan normal, tipis.
Menurutnya, setakat ini tiada sebarang ubat dibekalkan pihak hospital cuma perlu berulang alik menjalani rawatan di hospital Melaka secara berjadual.
“Dia perlu menjalani pembedahan di kepala secara kerap sepanjang usianya ekoran terpaksa bergantung kepada tiub yang diletakkan di kepalanya,” katanya.

Sunday 25 March 2012

Kapal terbang kertas gergasi meluncur selama enam saat


BEBERAPA pekerja menolak kapal terbang kertas di sebatang jalan di Eloy kelmarin.
ELcaptionOY, Amerika Syarikat (AS) – Sebuah kapal terbang kertas gergasi meluncur di udara selama enam saat di sebuah gurun di sini kelmarin.
Kapal terbang sepanjang 12.19 meter (m) dan seberat 362.87 kilogram itu direka oleh jurutera terkenal, Art Thompson.




Ia dicipta bagi menggalakkan golongan muda meminati penerbangan.
Sebuah helikopter menarik pesawat kertas itu ke udara pada ketinggian setinggi 1,219m dengan menggunakan kabel.
Helikopter itu kemudian mengendurkan kabel tersebut bagi membolehkan kapal terbang berkenaan meluncur di udara.
Kapal terbang tersebut kemudian jatuh di kawasan gurun itu selepas bergerak pada kelajuan 157.71 kilometer sejam. – Agensi

sumber :Hmetro

Terkejut putih telur berwarna biru


KERTEH – Selera sebuah keluarga di Taman Indah Permai, Kampung Baru Kerteh di sini, kelmarin untuk menjamah hidangan tengah hari terjejas selepas telur yang direbus bertukar menjadi warna biru pada bahagian putih telurnya, dipercayai telur tiruan.
Mohd Yusof Abdul Aziz, 48, yang juga Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) berkata, dua biji telur yang dimasak isterinya, Sharah Shahernie Shafie juga mengeluarkan bau kurang menyenangkan.
Katanya, telur yang telah direbus dikupas kulit dengan setiap biji telur dibelah dua untuk ditumis, sebelum isterinya terkejut apabila melihat bahagian putih pada telur terbabit bertukar menjadi warna biru dan terdapat tompokan seperti dakwat biru di tengah-tengah bahagian putih telur itu serta kuning telurnya juga berwarna agak pekat.




“Seumur hidup, inilah pertama kali saya lihat putih telur berwarna biru. Terkejut saya apabila melihat keadaan putih telur berubah warna sebegini.
“Dua biji telur ini adalah antara 10 biji telur dalam satu bungkusan kotak telur plastik, yang saya beli (malam Rabu lalu) di sebuah pasar raya di Paka, Dungun. Tarikh luput telur yang tertera pada bungkusan juga masih jauh dan ia masih boleh dimakan. Itu menyebabkan saya pelik,” katanya ketika ditemui di rumahnya kelmarin.
Sejurus melihat keanehan pada dua telur tersebut, Mohd Yusof segera memeriksa lapan lagi telur yang tinggal dan mendapati salah sebiji daripadanya berbentuk agak ganjil dengan saiznya lebih besar daripada telur lain.
Menurutnya, pada ruang tengah kulit ayam tersebut licin seolah-olah dilakukan penyambungan pada bahagian luaran kulit telur tersebut manakala pada kotak plastik telur terbabit tertera telur berkenaan dikeluarkan di Melaka.
“Kemungkinan juga telur tiruan dicampurkan bersama telur tulen bagi mengelakkan ia disedari. Kalau dua telur tadi digoreng mungkin kami sekeluarga tidak sedar akan keganjilan pada dua biji telur itu.
Mohd Yusof dan isteri serta anak-anak kemudiannya hanya makan nasi berlaukkan kicap bagi mengalas perut kerana sudah hilang selera makan.
“Jadi saya sebagai pengguna merasa sangat dukacita dengan perkara ini kerana jika benar ia telur tiruan ia boleh membahayakan nyawa pengguna.
“Pengguna lain juga perlu berhati-hati ketika membeli telur bagi mengelakkan ditipu dan diharap pembekal juga tidak mementingkan keuntungan sahaja,” katanya.

sumber :Hmetro

Samseng makan mayat pengkhianat


SRETKO Kalinic (kiri) dan Luka Bojovic.
MADRID: Sekumpulan samseng menyeksa dan membunuh ahli kumpulan yang khianat dan kemudian memasak sup dengan menggunakan mayat mangsa.
Kumpulan samseng Serbia memukul Milan Jurusic, 37 hingga mati dengan penukul lalu menyiat daging mangsa dengan pisau tajam sebelum memasukkannya ke dalam pengisar daging, di sebuah rumah pangsa di Madrid.
Mereka menjadikan kulit mukanya sebagai topeng, memasak daging mangsa dan menjadikan hidangan tengah hari.




Mereka juga membuang tulang mangsa ke dalam Sungai Manzanares di ibu negara Sepanyol itu.
Seorang anggota kumpulan samseng itu, Sretko Kalinic, atau dikenali sebagai ‘The Butcher’ mengaku melakukan jenayah itu setelah ditangkap di Zagreb, Croatia, tahun lalu.
Pihak berkuasa Sepanyol menemui 50 tulang di dalam sungai dan menemui rumah seram, tempat jenayah itu dilakukan, minggu lalu.
MILAN Jurusic.
Jurusic dikatakan mengkhianati anggota kumpulan itu dengan mencuri duit mereka.
Dia melarikan diri setelah didapati bersalah membunuh Perdana Menteri Serbia, Zoran Djindjic pada 2003.
Polis Sepanyol percaya, Luka Bojovic yang mengetuai kumpulan samseng yang makan daging manusia itu, membunuh Jurusic. Dia yang turut dituduh membunuh Djindjic, ditahan di Valencia, bulan lalu.
Di apartmen Bojovic di Valencia, polis menemui dokumen yang menyokong kenyataan Kalinic mengenai pembunuhan ngeri itu.
Semua anggota samseng yang terlibat dalam pembunuhan ngeri di Madrid, dikatakan anggota Zemun Clan, kumpulan mafia dari Belgrade.
Jenayah itu dikatakan dilakukan pada 2009, ikni disiasat majistret Fernando Andrew dari Mahkamah Nasional di Madrid. – DM

sumber : Hmetro

Kanak-kanak lelaki terima 20 jahitan diserang 3 anjing


SUNGAI PETANI – Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menerima 20 jahitan pada betis kiri setelah diserang tiga ekor anjing ketika bermain bola sepak di Padang Awam Taman Bandar Baru di Sungai Lalang di sini petang semalam.
Dalam kejadian pukul 6 petang itu, mangsa Muhammad Nabil Amin Abd Wahab, 10, dikatakan menjadi penjaga gol ketika bermain bola sepak sebelum diserang tiga ekor anjing itu dari arah belakang, dipercayai kelaparan.
Muhammad Nabil berkata, selepas melihat kehadiran anjing-anjing itu semua rakannya melarikan diri tetapi dia tidak sempat menyelamatkan diri kerana kaki kanannya sakit pada waktu itu.




“Masa itu saya tengok mulut anjing terbuka luas hingga menyambar kaki kiri dan sempat menjerit meminta tolong tetapi tiada siapa yang datang. Seekor anjing berada di atas saya manakala dua lagi berada di bahagian kepala,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini hari ini.
Katanya, bagaimanapun nasibnya baik kerana diselamatkan oleh pelanggan sebuah kedai makan berdekatan yang ternampak tangannya terkapai-kapai meminta pertolongan.
Muhammad Nabil dihantar ke HSAH untuk rawatan dan dibenarkan pulang hari ini dan diberikan cuti sakit selama seminggu.
Sementara itu, ibu mangsa Nor Azila Osman, 29, berkata anak lelakinya itu sudah seminggu tidak ke padang permainan berkenaan kerana belum sembuh sepenuhnya daripada jahitan luka pada bahagian kaki kanan kerana terpijak kaca ketika bermain di padang yang sama.
“Dia (Muhammad Nabil) memang dah lama tidak pergi ke padang sebab tidak boleh berjalan dengan baik dan hari ini sepatutnya jahitan luka akibat kaca dibuka tetapi semalam kena tambah jahitan lagi di betis kiri,” katanya.
Nor Azila berkata, kejadian sedemikian sering berlaku di kawasan taman perumahan itu yang mana sebulan lalu terdapat kes seorang budak perempuan sekolah rendah turut digigit anjing sewaktu pulang dari sekolah. – Bernama

sumber : Hmetro

Wednesday 21 March 2012

Lelaki Bosnia ini sanggup berjalan kaki ke Mekkah untuk menunaikan Haji


Demi memenuhi salah satu rukun Islam yang ke lima . Seorang lelaki Bosnia telah memulakan perjalanan untuk menunaikan haji dan mempersiapkan diri untuk menyeberang ribuan batu dengan berjalan kaki. Laporan daripada The Muslim Village portal pada Khamis Mac 15 yang lalu.
“Jujur saja sebelum saya memulakan perjalanan ini semua orang bimbang terhadap saya menanyakan bagaimana saya, sebagai seorang Muslim boleh memulakan perjalanan meskipun melalui negara-negara Kristian seperti Serbia dan Bulgaria” kata Senad Hadzic 47 tahun.
Bercita-cita untuk melakukan haji iaitu pada akhir Oktober nanti Hadzic akan berangkat untuk melakukan perjalanan panjangnya dari kampung halamannya di utara Bosnia pada Disember 2011.

sumber : Hmetro

Empat mati ditembak di depan sekolah Yahudi


AFP - BEBERAPA anggota polis memeriksa kawasan sekitar sebuah sekolah Yahudi yang menjadi lokasi empat orang maut ditembak di Toulouse semalam.
TOULOUSE, Perancis – Seorang lelaki bermotosikal melepaskan tembakan semalam di depan sebuah sekolah Yahudi di bandar ini.
Menurut pejabat pendakwa raya, dalam kejadian itu, seorang rabai Yahudi, dua anak lelakinya dan seorang lagi kanak-kanak mati.

sumber : Hmetro

Tubuh anak 3 tahun dipenuhi bulu



BACHOK- Ibu mana yang tidak tersentuh bila melihat anak kandung yang dilahirkan tidak seperti kanak-kanak lain yang melalui hidup secara normal.
Namun, bagi bagi Asliza Omar,30,keganjilan tubuh anaknya, Nurul Afida Razi,3, yang berbulu diseluruhi badan tidak pernah membuatkan dia merasa rendah diri.
Menurut Asliza,bulu yang ada pada tubuh anak bongsu dari tiga adik-beradik wujud sejak dilahirkan dan menyebabkan dia mempunyai kad kanak-kanak kurang upaya(OKU).

sumber : Hmetro

Remaja balik dari kedai kena culik



KUANTAN – “Tolong kakak, tolong Baby…”
Itulah jeritan terakhir seorang pelajar Tingkatan Tiga, Siti Nur Fatiha Mahadi, 15 dari Taman Tas 6, di sini dipercayai diculik oleh dua lelaki dan seorang wanita tidak dikenali, kelmarin.
Sebelum kejadian, mangsa bersama dua adiknya ke kedai telekomunikasi di taman terbabit, kira-kira jam 3 petang.
Malah keterujaan remaja itu untuk kembali ke sekolah bersama rakan-rakannya, selepas cuti penggal pertama selama seminggu, musnah akibat kejadian tersebut.

sumber : Hmetro

Penduduk Surabaya Diserang Serangga Tomcat


JAKARTA — Serangan serangga Tomcat atau kumbang Paederus sejak beberapa hari lalu kini semakin menggemparkan penduduk beberapa kawasan di Surabaya, Jawa Timur apabila jumlah mangsa semakin meningkat.
Sehingga hari ini sejumlah 48 orang dilaporkan tercedera akibat bersentuhan dengan serangga itu dan terkena racunnya.
Mangsa yang bersentuhan dengan serangga itu biasanya mengalami masalah kulit timbul bintik-bintik, gatal berair dan meninggalkan bekas hitam pada kulit.

sumber : Hmetro

Sejadah corak babi



SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.
Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.
“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.

sumber : Hmetro

559 Calon SPM 2011 Peroleh Semua A+



PUTRAJAYA: Seramai 559 daripada 468,808 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata, pencapaian keseluruh pelajar dalam peperiksaan terus meningkat sejak empat tahun lalu.
“Pencapaian keseluruhan sekolah juga meningkat, apabila bilangan sekolah dalam kategori ‘cemerlang’ dan ‘baik’ masing-masing meningkat sebanyak 13 dan 60 buah sekolah,” katanya ketika mengumumkan SPM 2011 Keputusan analisa di Kementerian Pelajaran di sini, Rabu.

sumber : Hmetro

Bayaran Jozan RM50 Ribu Sejam Satu Fitnah – Ozlyn

















PETALING JAYA: Isteri kepada pelawak Johan (Raja Lawak) iaitu Ozlyn Wati menyifatkan tuduhan kononnya kumpulan Jozan yang dianggotai suaminya dan Zizan meletakkan bayaran RM50,000 untuk satu jam persembahan adalah sebagai fitnah dan mengarut.
Ozlyn yang juga pengurus kepada Johan berkata, dia terkejut dengan gosip terbaru melibatkan kedua-dua pelawak tersebut namun tidak mahu mengendahkannya kerana ia tidak benar sama sekali.
“Cerita itu tersebar mungkin disebabkan oleh sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan sebut harga yang kami tetapkan. Lantas mereka mula menyebarkan cerita kononnya Johan atau Zizan mula demand dalam soal bayaran,” ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Selasa.

Saturday 17 March 2012

Terperosok dalam kedai

GEORGETOWN: Seorang pekerja wanita sebuah kedai serbaneka merempuh kedai berkenaan ketika cuba mengundurkan keretanya, dipercayai akibat tertekan pedal minyak di Jalan Macalister, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9 pagi, wanita berusia 50-an itu meletakkan kereta Proton Saga miliknya di parkir kenderaan di depan kedai tempatnya bekerja bagi mengelak disaman penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Sumber berkata, ketika mengundurkan keretanya, wanita itu dikatakan hilang kawalan lalu merempuh pintu kedai serbaneka terbabit.

Beliau berkata, akibat rempuhan kuat itu, keretanya terperosok ke dalam kedai, mengakibatkan cermin kedai pecah dan bertaburan.

“Bagaimanapun, wanita itu tidak cedera namun masih terkejut dengan kejadian,” katanya.

sumber : mymetro

Pelajar maut dipanah petir

ALOR GAJAH: “Tiba-tiba saya dengar dentuman guruh sebelum melihat kilat menyambar badan arwah (Ridhwan Jamal, 20) yang rebah di atas padang dan kejang, manakala saya dan lapan rakan lain tercampak atas padang.”
Begitu kata saksi kejadian, Mohd Amirul Shamsir, 20, yang menyaksikan rakannya rebah tidak sedarkan diri selepas disambar petir ketika bermain bola di padang bola stadium Kuim di Kuala Sungai Baru, di sini, jam 6.30 petang kelmarin.

Mangsa, penuntut semester empat jurusan kejururawatan baru masuk ke padang memulakan perlawanan separuh masa kedua sebelum dipanah petir.

Mohd Amirul berkata, ketika kejadian dia bersama mangsa dan rakan sepasukan baru mengambil posisi masing-masing dengan perlawanan separuh masa kedua belum bermula sebelum dikejutkan dengan dentuman guruh dan petir.

“Kami terpaksa berhenti daripada bermain bola apabila hujan lebat diikuti dentuman guruh serta kilat berselang-seli dan berteduh di bahagian tempat duduk berbumbung (grand stand) stadium sebelum masuk semula ke padang untuk meneruskan permainan apabila keadaan reda.

“Semasa kami masuk ke padang, hujan masih renyai-renyai dan pemain mengambil posisi masing-masing untuk menyambung semula permainan sebelum saya mendengar dentuman petir,” katanya.


Menurut Mohd Amirul, selepas itu mereka melihat arwah terbaring di atas padang dan tidak sedarkan diri dalam keadaan kasut berlubang, manakala sebahagian badannya terbakar sebelum mengangkatnya ke grand stand.

“Saya sempat lihat bagaimana tubuh arwah yang disambar petir ketika itu terkaku seketika sebelum berpusing dan jatuh di atas padang dan kami yang melihat kejadian itu segera mendapatkan arwah yang sudah tidak sedarkan diri.

“Dalam keadaan panik, seorang rakan kami berlari ke arah grand stand untuk mengambil kain bagi memudahkan kami mengangkat tubuh arwah yang mengeras ketika itu ke tempat lebih selamat.

“Mangsa masih bernyawa ketika itu dan kami terus membawanya ke Hospital Kem Terendak untuk rawatan sebelum dimaklumkan arwah meninggal dunia tidak lama kemudian,” katanya ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Melaka, pagi semalam.

Sementara itu, kakak sulung arwah, Roslinda, 41, berkata, arwah adiknya, mula menunjukkan perubahan sejak sebulan lalu apabila jarang pulang ke rumah, malah seperti menjauhkan diri darinya.

“Setiap minggu biasanya arwah akan balik ke rumah, kebelakangan ini dan hampir sebulan dia tak balik. Minggu lalu arwah ada jumpa saya tapi keadaannya seperti tergesa-gesa dan keluar semula cuma saya tak sampai hati nak tanya dia,” katanya.

Menurut Roslinda, arwah anak bongsu dari enam beradik tinggal bersamanya di Kampung Taboh Naning, Simpang Ampat, di sini, sejak kematian ibu bapanya mereka dan disifatkan seorang penyabar dan tenang dalam apa juga keadaan.

“Rabu lalu, arwah ada hubungi saya katanya dia nak guna duit nak beli kasut bola yang baru tapi saya minta dia bersabar sehingga gaji masuk minggu hadapan dan arwah hanya mengiyakan tanpa membantah. “Sebelum ini saya berhasrat beri arwah RM400 pada hujung bulan ini bagi perbelanjaan harian di kolej, tapi saya terpaksa tangguhkan dulu hasrat itu kerana belum terima gaji,” katanya.

sumber : mymetro

Mimpi mayat timbul

IPOH: “Saya pernah bermimpi beberapa hari lalu melihat arwah berada dalam keadaan terapung-apung di permukaan empangan,” kata Robayah Yahya, 77, ibu kepada Jisfri Zainon, 45, mangsa lemas yang ditemui terapung di Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta di sini pagi semalam.
Mayat mangsa ditemui terapung kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa jatuh oleh seorang pekerja empangan berkenaan kira-kira jam 8.50 pagi semalam.

Arwah yang juga pekerja Metropolitan Utilities Corporation (MUC), disahkan lemas di empangan berkenaan pada 7 Mac lalu sebelum gerakan mencari dilakukan membabitkan pelbagai agensi keselamatan termasuk bantuan dari pasukan penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat mangsa terpaksa dihentikan pada hari kesembilan iaitu kelmarin selepas usaha menjejaki mangsa menemui jalan buntu sebelum mayatnya ditemui pagi semalam.

Robayah ketika ditemui di pekarangan Bilik Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) semalam berkata, dia tidak dapat menyembunyikan kesedihan ketika melihat jenazah anaknya, namun pada masa sama pasrah dengan apa yang berlaku.

Beliau berkata, kali terakhir dia bertemu dengan anak lelakinya itu pada cuti perayaan Tahun Baru Cina lalu, namun arwah tidak menunjukkan apa-apa perubahan sebaliknya cukup mesra dengan semua orang.


“Arwah cukup disenangi oleh semua orang disebabkan sikapnya yang peramah dan suka membantu.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat arwah,” katanya.

Sementara itu, abang arwah, Zainal Abidin Zainon, 51, berkata, sebaik mendapat berita kehilangan arwah, dia bersama ahli keluarga yang lain melakukan pelbagai usaha termasuk mengadakan doa selamat dan solat hajat. Beliau berkata, dia dimaklumkan mengenai berita penemuan mayat adiknya itu kira-kira jam 9.30 pagi semalam sebelum bergegas ke hospital.

“Kami bersyukur kerana doa kami sekeluarga dimakbulkan, sekali gus membawa kepada penemuan jasad arwah pagi ini (semalam),” katanya.

Sementara itu, isteri arwah, Rosnah Supart, 45, ketika di temui di pekarangan Bilik Forensik HRPB semalam kelihatan sugul sambil menangis mengenangkan nasib menimpa suaminya.

Bagaimanapun, usaha wartawan untuk menemubualnya gagal disebabkan masih sedih dengan apa yang berlaku.

Jenazah Jisfri disolatkan Masjid An-Nur, Batu 8, Ulu Kinta sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bakar Bata, Tanjung Rambutan selepas solat Jumaat, semalam.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Ipoh, Pegawai Bomba Tinggi, Zulkifli Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat mangsa kira-kira jam 8.50 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

sumber : mymetro

Thursday 15 March 2012

Nyaris maut kereta bertembung

REMBAU: “Sewaktu memandu, tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat dan terkejut melihat kereta di depan dirempuh sebuah kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan,” kata Mohd Sabri Adun, 41, saksi kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 3, Jalan Taman Seri Puteri-Ulu Kanchong di sini, malam kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 8.40 malam, pemandu kedua-dua kereta itu, Mohd Nasir Ismail, 27, dan Ahmad Nasir Samad, 51, cedera parah apabila kereta Proton Iswara dan Proton Saga yang dipandu mereka bertembung.

Menurut Sabri, ketika kejadian, dia bersama isteri dan anaknya dalam perjalanan ke sebuah pasar raya di Chembong dan segera memberhentikan kereta untuk membantu mangsa.

“Saya melihat pemandu kereta Proton Iswara berjaya keluar, namun pemandu kereta Proton Saga tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya ketika ditemui Harian Metro di tempat kejadian, kelmarin. “Saya kemudian cuba membuka pintu kereta Proton Saga itu untuk menyelamatkan mangsa. namun gagal,” katanya ketika ditemui Harian Metro di tempat kejadian, kelmarin.

Katanya, dia segera menghubungi bomba memaklumkan keadaan Ahmad Nasir yang tersepit, manakala isteri dan anak mangsa berjaya keluar.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu Mohd Nasir yang menuju ke Pedas dipercayai cuba memotong sebuah kereta lain, namun gagal lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta dipandu Ahmad Nasir.


“Ia menyebabkan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk menerima rawatan lanjut.

“Kereta dipandu Ahmad Nasir turut dinaiki isteri dan anaknya berusia 12 tahun. Bagaimanapun, mereka selamat dan tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.


sumber: mymetro

Budak sekolah maut terkena bola ragbi

ESSEX: Seorang budak sekolah maut di padang permainan semalam, selepas dadanya terkena bola ragbi, lapor media tempatan.
Leonie Nice dikatakan cuba menangkap bola berkenaan yang dilontar rakannya ketika mereka mengikuti kelas pendidikan jasmani.

Bagaimanapun, akibat hentakan kuat bola itu di dadanya, Leonie, 12, rebah dan sukar bernafas.

Pelajar dan guru di Sekolah Woodlands di Basildon, Essex, melihat bagaimana paramedik bertungkus-lumus menyelamatkan Leonie tetapi usaha itu gagal.

Kejadian itu berlaku dua minggu selepas seorang budak lelaki terbunuh akibat terkena bola kriket. Sumber berkata, semua pelajar dan kakitangan di sekolah itu sedih dengan kematian rakan mereka itu.

Kata sumber itu, tiada sesiapa yang mampu berkata-kata kerana mereka sangat terkejut dengan kejadian itu.


“Satu-satunya bunyi yang kedengaran di padang permainan ketika waktu rehat tengah hari adalah tangisan kanak-kanak yang meratapi kehilangan rakan mereka,” katanya. - TS

sumber : mymetro

Sunday 11 March 2012

Sempat ajar mengucap

REMUK... kereta dinaiki mangsa bertembung dengan Toyota Harrier di simpang tiga, Kampung Chekok, Jalan Panji, semalam.
REMUK... kereta dinaiki mangsa bertembung dengan Toyota Harrier di simpang tiga, Kampung Chekok, Jalan Panji, semalam.
KOTA BHARU: Pilu hati seorang ibu apabila melihat anak lelaki sulungnya tersepit di dalam kereta dan sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah sebelum meninggal dunia dalam kemalangan di simpang tiga Kampung Chekok, Jalan Panji, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 5 pagi, Wan Ruzaiaziree Wan Sazuki, 23, yang juga mekanik meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta Wira dipandu rakannya dikenali sebagai Manan, 23, hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan jenis Toyota Harrier.

Rakan mangsa hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan.
Pemandu Toyota Harrier hanya cedera ringan.

Ibu mangsa, Wan Jah Wan Hassan, 48, berkata, dia yang tidur di rumahnya di Taman Sri Setia, Padang Tembak, dekat sini, dikejutkan oleh ketukan pintu rakan anaknya yang datang memaklumkan anaknya terbabit dalam kemalangan, satu kilometer dari rumahnya.

Katanya, dia bersama suami, Wan Sazuki Wan Yusof, 45, bergegas ke tempat kejadian dan mendapati anaknya dalam keadaan separuh sedar dan tersepit di bahagian depan kereta yang remuk.

“Saya menunggu anggota bomba mengeluarkan anak saya yang tersepit dan selepas dikeluarkan, saya menghampirinya yang kelihatan semakin lemah malah sempat mengajarnya mengucap sebelum dia meninggal dunia.

“Sebelum kejadian, anak saya keluar rumah membaiki kereta jam 1 pagi dan selepas selesai melakukan kerja, dia bersama rakan pergi ke rumah datuknya di Kampung Pantai Cahaya Bulan untuk mengambil alat ganti kenderaan, tetapi ketika dalam perjalanan pulang, dia terbabit kemalangan,” katanya.
Menurut Wan Jah, sebelum kejadian, anaknya tidak menunjukkan perubahan dan sentiasa ceria.

Katanya, dia reda dengan apa yang berlaku kerana ia ketentuan Allah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kemalangan itu.

sumber : mymetro

Mati main bola

PILU... jenazah Mohd Suhaimi (gambar kecil) dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Kampung Gemang, Jeli.
PILU... jenazah Mohd Suhaimi (gambar kecil) dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Kampung Gemang, Jeli.
JELI: “Arwah sempat memberitahu jika dia mati, dia tidak bimbang kerana rumah yang kami diami sekeluarga siap sepenuhnya. Tak sangka, kata-katanya menjadi kenyataan,” kata Zalini Abd Rahim, 37, isteri kepada Mohd Suhaimi Mat Nor, 43, yang meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika bermain bola sepak di padang Kampung Seberang Jeli, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari, Mohd Suhaimi yang menyertai Kejohanan Tertutup Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Lanas tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri pada minit ketiga separuh masa kedua perlawanan.

Mohd Suhaimi yang bertugas sebagai kerani di Sekolah Kebangsaan Gemang, di sini, disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Jeli dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gemang, jam 9 malam kelmarin.
Menurut Zalini, suaminya kelihatan bersemangat ketika keluar rumah pada jam 9 pagi.

“Arwah sebelum ini sihat saja. Banyak kejohanan bola sepak yang disertainya, termasuk di Sabah dan Johor.

“Namun, pada jam 1.15 tengah hari saya menerima panggilan daripada rakan sekerja arwah yang memaklumkan kematiannya. Saya seperti hendak pitam ketika mendengar berita itu, namun reda dengan apa yang berlaku,” katanya.

Saksi kejadian yang juga pengadil perlawanan, Roslan Nordin, 46, berkata, sebaik perlawanan dimulakan, Mohd Suhaimi kelihatan cergas dan tiada perubahan berlaku pada dirinya.

“Bagaimanapun, pada minit ketiga separuh masa kedua, Mohd Suhaimi tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri. Saya memberhentikan perlawanan dan penganjur membawanya ke Hospital Jeli, namun dia disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan, Sheik Azhar Sheik Omar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kematian Mohd Suhaimi diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Marilah bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat si mati.

sumber : mymetro

Padah ejek polis

KUALA TERENGGANU: Aksi berani dan biadap seorang pelajar kolej melanggar sekatan jalan raya dan mengejek polis membawa padah apabila dia terpaksa bermalam di dalam lokap di sini, kelmarin.
Pelajar berusia 19 tahun itu dipercayai sudah lama menjadikan laluan utama jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang sebagai tempat melakukan aksi berbahaya bersama kumpulannya.

Bagaimanapun, tindakan berani pelajar itu merempuh sekatan dan motosikal anggota trafik dalam cubaan meloloskan diri daripada dicekup pihak berkuasa tidak berjaya selepas dia ditahan tidak lama selepas itu.

Menurut Pegawai Penguatkuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, Inspektor Mohd Nizam Hanafi berkata, pelajar itu antara lebih 500 penunggang motosikal yang ditahan dalam operasi bersepadu di sekitar Jalan Wakaf Beruas, Durian Burung, Padang Midin dan Pantai Batu Buruk.

Katanya, operasi bermula jam 4 petang dan berakhir jam 12 malam itu dijalankan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Dalam operasi itu, 262 saman dikeluarkan polis membabitkan pelbagai kesalahan, manakala 50 saman lagi dikeluarkan JPJ selain menyita sebuah motosikal.


“Malah, ujian saringan awal air kencing dijalankan mendapati empat lelaki positif dadah jenis methamphetamine sebelum semuanya ditahan untuk tindakan lanjut, “ katanya.

Sementara itu, cermin kenderaan milik petugas stesen TV9 pecah selepas beberapa kumpulan samseng jalanan bertindak ganas melontarkan batu ke arah kenderaan berkenaan.

Menurutnya, kejadian berlaku jam 7.30 malam ketika menuju ke arah pusat bandar dari Padang Midin.

sumber : mymetro

Kanak-kanak yang hilang semalam ditemui

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak, Wan Hazim Wan Khadir, 7, yang hilang dari rumahnya di PJS 10/1, Petaling Jaya petang semalam ditemui di Lebuh Raya Kesas, awal pagi tadi.

Lenyap di laman rumah

SUGUL... Wan Norazma  melihat gambar anaknya  Hazim  yang hilang.
SUGUL... Wan Norazma melihat gambar anaknya Hazim yang hilang.
PETALING JAYA: Seorang lagi kanak-kanak dilaporkan hilang, kelmarin, 11 hari selepas kehilangan Nurul Nadirah Abdullah, 5, yang disyaki diculik selepas keluar ke kedai berhampiran rumahnya di Johor Bahru masih belum dapat dikesan.
Mangsa terbaru, Wan Hazim Mohd Khaidir, 7, murid tahun satu Sekolah Rendah Islam Pintar Al-Amin, dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat bermain sendirian di halaman rumahnya di Jalan PJS 10/1, Subang Indah, di sini, petang kelmarin.

Sebelum kejadian, kanak-kanak itu dikatakan menonton televisyen di ruang tamu rumahnya jam 12.30 tengah hari sebelum ibunya, Wan Nor Azma Wan Yusof bersama adik bongsunya keluar untuk ke kedai milik mereka di Shah Alam.
Menurut Wan Nor Azma, 33, yang juga peniaga barangan kemas, ketika keluar rumah, Hazim baru selesai makan tengah hari sebelum menonton televisyen, manakala anak sulungnya yang berusia lapan tahun pula di tingkat atas rumah mereka bersama pembantu rumah.

“Sebelum keluar ke kedai kami, saya menutup rapat pintu rumah tapi tidak menguncinya kerana percaya Hazim tidak akan keluar rumah bersendirian, tambahan pula pembantu rumah juga ada di rumah.

“Menurut pembantu rumah, dia turun ke tingkat bawah jam 1 tengah hari tapi tidak melihat Hazim di ruang tamu, menyebabkan dia beranggapan anak kedua saya mengikut saya ke kedai,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Katanya, kehilangan Hazim hanya disedari apabila dia pulang ke rumah pada jam 6.30 petang selepas ditanya pembantu rumahnya.

Wan Nor Azma berkata, terperanjat dengan pertanyaan pembantu rumahnya, dia terus menghubungi suaminya, Mohd Khaidir Hassan sebelum mereka mencari di sekitar kawasan perumahan itu, selain bertanya jiran.
“Mungkin Hazim membuka pintu dan keluar bersendirian selepas menyedari tiada orang di rumah. Saya buntu memikirkan keadaan anak saya dan di mana dia tidur malam tadi (semalam).

“Hazim susah nak bergaul dengan orang dan sebelum ini dia lebih selesa berada di rumah serta jarang bermain di luar. Namun saya yakin dia keluar dari rumah kerana jiran sebelah memberitahu ada melihatnya bermain di halaman rumah sebelum waktu solat Jumaat,” katanya.

Menurutnya, selepas beberapa jam gagal menemui anaknya, dia bersama suami membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

“Saya harap sesiapa menemui Hazim yang kali terakhir memakai baju-T kelabu dan jeans biru dapat menghubungi kami di talian 012-3400034 atau menyerahkannya ke balai polis berhampiran.

“Hati ibu mana yang tidak bimbang apabila anaknya hilang. Kami hanya mampu berdoa dan meneruskan usaha mencari Hazim selain mengharapkan dia dalam keadaan selamat,” katanya.

sumber: mymetro

Pelajar tingkatan 5 maut

KUALA LIPIS: Tindakan seorang pelajar tingkatan lima yang dipercayai menunggang motosikal dalam keadaan terburu-buru bersama seorang rakannya mengundang padah apabila motosikalnya terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 39, Jalan Lipis-Tanjung Gahai, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 2.30 petang, Mohamad Hafiz Mustafa, 17, yang dikatakan tercampak ke bahu jalan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa pelajar Sekolah Menengah Sungai Koyan, di sini, menunggang seorang diri sambil diekori rakannya sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, rakan mangsa yang melihat kejadian itu berhenti di tepi jalan dan cuba mengangkat mangsa untuk dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis (HKL).

sumber:mymetro

Wednesday 7 March 2012

7 remaja disiasat lumpuhkan laman sesawang kerajaan

SEOUL: Tujuh remaja Korea Selatan disoal siasat berhubung serangan siber ke atas laman sesawang Kementerian Kesamaan Jantina dan Keluarga sebagai protes larangan bermain video dalam Internet waktu malam, kata polis semalam.
Suspek, termasuk tiga pelajar sekolah menengah, didakwa merancang serangan DDOS (distributed denial of service) bulan lalu.

Polis berkata, serangan itu dibuat sebagai protes larangan penggunaan laman sesawang permainan dan muzik di Internet di kalangan remaja pada waktu malam.
Korea Selatan melaksanakan undang-undang “Cinderella” bagi menghalang remaja leka dengan permainan dalam talian selepas tengah malam ketika kebimbangan terhadap ketagihan Internet semakin meningkat. - AFP

sumber: myMetro

Ketagih kuku panjang

AYANNA sanggup hadapi sakit kencing manis daripada memotong kukunya.
AYANNA sanggup hadapi sakit kencing manis daripada memotong kukunya.
LOS ANGELES: Seorang wanita yang ketagih membiarkan kuku jari tangannya panjang, kini mempunyai kuku jari kaki yang panjang sehingga 10 sentimeter, menyebabkan pergerakannya terhad dan menjejaskan kesihatannya.
Wanita yang dikenali sebagai Ayanna, 54, adalah karektor aneh terbaru yang muncul dalam rancangan TLC, ‘My Strange Addiction’ (Ketagihan Ganjil Saya).

Menerusi rancangan itu, Ayanna berkata, dia enggan memotong kuku itu dan menyifatkannya sebagai bayinya.
“Ia seksi dan nakal. Saya dianggap Dewi kuku panjang,” kata Ayanna dalam rancangan gaya hidup itu, sekali gus mengejutkan anak pembaptisannya, Kuwait dan rakan, Vincent.

Dia baru-baru ini disahkan menghidap penyakit kencing manis yang memerlukan dia melakukan senaman untuk mengatasinya.

Namun, peminat kuku terlampau itu tidak mempedulikannya. Keluarganya berkata, dia akan mempertahankan kukunya dengan apa cara sekalipun.

Ayanna yang terpaksa berjalan perlahan dengan mengunnakan tumit seperti penguin serta memanjat tangga dengan mengiring, jarang tidur melentang kerana selimut dirasakan seperti batu bata yang menghempap kuku kakinya.

Lebih buruk lagi, dia tidak boleh memakai stokin atau kasut lain kecuali selipar.
Ayanna tidak memotong kuku tangannya sejak berusia 24 tahun. Tetapi tahun lalu, ketagihannya itu merebak pada kaki.

Kuku jari kakinya yang terpanjang berukuran 10 sentimeter sementara yang terpendek, lima sentimeter. Kecewa dengan ketidaupayaan rakannya untuk bermain dengan cucunya serta kedegilannya untuk mengawal penyakit kencing manisnya, Vincent membawa Ayanna ke kelas tarian dalam usaha untuk menunjukkan tahap dia telah melumpuhkan dirinya.

Tetapi nenek itu menarik diri selepas sesi pertama kerana bimbang Vincent akan terpijak kukunya.

Tanpa putus asa, Vincent berusaha sekali lagi untuk meyakinkan Ayanna supaya mengubah gaya hidupnya. Dia memujuk wanita itu memotong kukunya itu. Bagaimanapaun, Ayanna menjawab: “Ia adalah 50 peratus daripada saya. Saya sudah pasti tidak akan memotongnya.” - DM

sumber: myMetro

Axiata, LG lancar telefon bergaya

CELCOM Axiata Berhad menjalin kerjasama dengan LG Electronics Malaysia dan menjadi syarikat telekomunikasi pertama yang melancarkan Prada LG 3.0, telefon pintar paling bergaya di dunia.
Ketua Pegawai Pemasarannya, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, dengan gandingan inovasi yang dibawa LG, ia dijangka memberi pengalaman berbeza kepada pengguna.

“Malah, ia memberi kepuasan kepada pengguna terutama dengan liputan Celcom yang meluas di seluruh negara,” katanya.
Menurutnya, eksklusif untuk pelanggan Celcom Exec, mereka boleh mendapatkan telefon berkenaan dengan harga serendah RM1,528 dengan melanggan Celcom Exec 250 dengan komitmen bulanan RM250.

Manakala bagi pelanggan Celcom Biz, mereka boleh mendapatkannya pada harga RM1,518 berbanding harga pasaran RM2,299 dengan komitmen bulanan sebanyak RM150.

sumber :myMetro

Tujuh berpesta arak bergaduh

ALOR GAJAH: Pesta arak membawa kepada pertengkaran antara tujuh pekerja sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Sungai Baru, dekat sini, bertukar tragedi apabila tiga daripada mereka cedera dengan dua daripadanya parah akibat diserang empat rakan yang berang, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, tujuh pekerja ladang itu yang berusia 20 dan 53 tahun berpesta arak di belakang rumah pekerja selepas menerima gaji sebelum bergaduh sesama sendiri.

Akibatnya, dua pekerja berumur 53 dan 31 tahun parah di kepala manakala seorang lagi berusia awal 30-an cedera di badan selepas ditetak dengan senjata tajam oleh empat lelaki yang juga rakan mereka.
Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Melaka dengan dua ambulans.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, siasatan awal mendapati kumpulan pekerja warga India itu minum arak bermula jam 11.30 malam hingga lewat malam sebelum mereka bertikam lidah.

“Empat daripada tujuh lelaki terbabit berang lalu menyerang tiga rakan mereka menggunakan berbagai peralatan kerja seperti parang, sabit dan kayu belantan.

“Polis yang menerima panggilan tiba di tempat kejadian dan mendapati tiga mangsa terbaring atas jalan berlumuran darah sebelum menahan empat suspek bagi membantu siasatan,” katanya.

sumber: myMetro

Tangkap lembu berkeliaran

PUTRAJAYA: Sikap degil penternak lembu persendirian yang membiarkan ternakan mereka berkeliaran di sekitar Taman Industri Mas Sepang, Puchong, Selangor, dekat sini, menerima padah.
Ini berikutan tindakan tegas Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) yang menjalankan operasi menangkap ternakan itu di kawasan berkenaan dalam operasi dua jam bermula 12 tengah hari, kelmarin.

Pengarah Penguatkuasa MPSepang, Superintendan (K) Mohd Azran Musa berkata, operasi membabitkan tujuh anggota itu dilakukan selepas mendapat aduan orang ramai terutama pengguna jalan raya yang bimbang keselamatan mereka.
Menurutnya, dalam operasi itu pihaknya menangkap 10 lembu dan mengeluarkan kompaun bernilai lebih RM2,000 kepada pemilik yang menuntut ternakan berkenaan mengikut Enakmen Lembu dan Kerbau 1971.

“Selepas ternakan itu ditangkap, ada di kalangan pemilik merayu supaya tidak dikenakan kompaun, tetapi kami bertindak tegas supaya kejadian sama tidak berulang.

“Pada masa sama, kami meminta pemilik ternakan itu menanggung kos tangkapan sebelum memulangkan semula kepada mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Mohd Azran berkata, pihaknya menjalankan operasi tangkapan itu selepas beberapa amaran yang diberikan kepada penternak terbabit tidak diendahkan, malah masih mengulangi kesalahan berkenaan.

sumber: myMetro

Digilis lori lepas jatuh motor

KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal tidak sempat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-24 Jumaat ini, selepas maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 16.4, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Melati, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa, Ahmad Khairi Muhayidin yang berasal dari Alor Setar, Kedah, terlanggar lubang di atas jalan hingga menyebabkan motosikalnya hilang kawalan dan terjatuh sebelum digilis sebuah lori.

Menurut jurucakap polis trafik, mangsa ketika kejadian menunggang motosikal dari Ampang dan terjatuh sebaik melalui lokasi berkenaan sebelum dilanggar sebuah lori yang datang dari arah sama.

sumber: myMetro

Tuesday 6 March 2012

Saintis ramal Tokyo bakal dilanda gempa besar

TOKYO: Setahun selepas satu daripada tragedi gempa bumi terbesar yang direkodkan dalam sejarah berlaku, saintis Jepun memberi amaran terbaru, Tokyo mungkin dilanda gempa yang membunuh ribuan orang dan menyebabkan kerosakan teruk.
Tokyo yang menjadi kediaman kepada 35 juta penduduk telah menyaksikan peningkatan tiga kali aktiviti tektonik sejak gempa bumi berukuran 9.0 magnitud di dasar laut yang mencetuskan ombak tsunami Mac tahun lalu.

Setiap hari secara purata hampir 1.5 gempa direkod di sekitar bandar raya itu, satu daripada yang paling padat penduduk di dunia. Bagaimanapun, penduduk Tokyo sudah biasa dengan gegaran ketika berada di katil atau meja hingga majoriti penduduk melaluinya tanpa sebarang aduan.
http://1.bp.blogspot.com/-KtWR1_c0p7M/TXoPHwQRwZI/AAAAAAAAD0c/TPVbB9G9TE8/s400/2.jpgBandar raya itu tidak diragukan ialah satu daripada tempat paling kalis gempa di dunia. Malah, gempa gergasi pada 11 Mac tahun lalu yang melanda 370 kilometer dari Tokyo menyebabkan kerosakan kecil. Pengangkutan awam menjadi kucar-kacir buat sementara waktu menyebabkan ribuan orang terperangkap, tetapi tiada bangunan runtuh dan tiada kecederaan dalam skala besar.

Institut Penyelidikan Gempa Bumi Universiti Tokyo berkata, bandar raya itu dibina di persimpangan empat plat tektonik mempunyai peluang 50 peratus dilanda gempa besar - berukuran lebih 7.0 magnitud dalam tempoh empat tahun akan datang.

“Kami perlu bersiap sedia dengan kejadian gempa yang akan berlaku,” kata Pengarah Eksekutif agensi Jepun milik kerajaan untuk Sains dan Teknologi Marin-Bumi, Asahiko Taira. - AFP







sumber:  myMetro

Pasar sepi pengunjung

LENGANG...peniaga terpaksa membuka perniagaan di hadapan pintu masuk kerana mendakwa tiada pelanggan di tingkat atas  Pasar Besar Gombak.
LENGANG...peniaga terpaksa membuka perniagaan di hadapan pintu masuk kerana mendakwa tiada pelanggan di tingkat atas Pasar Besar Gombak.
GOMBAK: Pasar Besar Gombak di sini yang lebih 30 tahun beroperasi tidak lagi semegah seperti pada 80-an apabila kini semakin sepi daripada kunjungan orang ramai.
Tinjauan Harian Metro mendapati banyak kedai di tingkat atas pasar itu ditutup dan pemilik tidak mahu mengambil risiko kerugian, sebaliknya mereka menjadikan ruang di pintu hadapan pasar untuk menjalankan urus niaga walaupun ramai pihak tidak berpuas hati dengan tindakan sedemikian.

Peniaga yang mahu dikenali sebagai Munah, 54, berkata sejak lebih lima tahun lalu, pasar ini tidak lagi menerima kehadiran ramai pengunjung dan peniaga seakan berputus asa untuk menguruskan perniagaan kerana semakin hilang tarikan untuk dikunjungi.
Menurutnya, pasar yang diurus Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu juga mengalami beberapa masalah dari segi infrastruktur.

Katanya, disebabkan masalah itu, peniaga membuka kedai di ruang legar selain ada yang menyewakan premis kepada orang luar dengan harga RM250 hingga RM300.

“Jika kami tidak buat begini, macam mana mahu dapat untung kerana pasar ini sudah seperti ‘hidup segan mati tak mahu’. Lagipun pihak terbabit tiada perancangan langsung mahu membantu peniaga mempromosikan pasar ini dan hanya mahu mengutip sewa setiap bulan.

“Tapak di depan ini kami sewa dengan DBKL walaupun mendapat bantahan pemilik kedai lain kerana menghalang laluan orang ramai. Walaupun setiap hari terpaksa mengangkat barang-barang untuk dipindah ke situ, tetapi kami tidak kisah,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, ada di kalangan mereka yang ‘mengalibabakan’ lesen perniagaan kepada orang luar dan keadaan itu seperti tidak dapat dihidu pihak berkuasa.
“Keuntungan yang diterima tidak seberapa berbanding dulu. Jika sebelum ini jam 7 atau 8 malam kami tutup kedai, tetapi sekarang jam 3 atau 4 petang kami semua beredar kerana tiada pelanggan.

“Jadi tidak mustahil peniaga memberikan lesen perniagaan kepada orang luar, paling tidak dapat juga untung RM200 hingga RM300 sebulan. Hendak mengharapkan untung hasil daripada jualan tidak memadai,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan Sosio Ekonomi ) DBKL, Datuk Amin Nordin Abd Aziz berkata, pihaknya akan melaksanakan pemeriksaan secara menyeluruh dalam tempoh terdekat bagi mengenal pasti permasalahan yang wujud di pasar bawah penyelenggaraan DBKL itu.

Katanya, Pasar Besar Gombak, Pasar Taman Tun Dr Ismail dan Pasar Besar Cheras antara yang tersenarai dalam bancian DBKL dan sekiranya ada penyewa berlesen yang melanggar arahan pengurusan, tindakan tegas bakal diambil dengan menamatkan lesen perniagaan mereka.

sumber:  myMetro

Lelaki belasah remaja hadapi hukuman penjara

JOHNSON menumbuk muka mangsanya.
JOHNSON menumbuk muka mangsanya.
KEJADIAN serangan dirakam dan disiar menerusi YouTube.
KEJADIAN serangan dirakam dan disiar menerusi YouTube.
PALM BAY: Seorang bapa yang memukul seorang budak lelaki berusia 16 tahun yang disiarkan dalam YouTube, berdepan dengan hukuman penjara.
Gary Johnson dari Palm Bay, Florida, yang memukul mangsanya hingga gigi remaja berkenaan patah, pengsan sebaik keputusan perbicaraan dibacakan di mahkamah, mendapatinya bersalah atas tuduhan menyerang, mendera kanak-kanak dan bertindak tidak senonoh.

Johnson, 35, berdepan dengan hukuman penjara hingga 57 tahun tetapi dia dijangka oleh pendakwa raya dan peguamnya untuk menjalani hukuman itu hanya selama 10 tahun.
Video yang dimuatnaikkan ke YouTube Ogos lalu menunjukkkan Johnson memukul remaja itu di belakang rumahnya. Mangsa tidak melawan ketika dipukul.

Selepas mengadili gusti lengan yang anaknya (tidak kelihatan dalam video) tewas, Johnson bangun dan mencabar untuk bertanding dengan pesaing anaknya.

Peguam Johnson berkata, remaja itu mencetuskan kemarahannya selepas berlaga dada dengannya dan mengeluarkan kata-kata mencabar.

“Anda mencabarnya,” kata seorang pendakwa raya kepada remaja itu di mahkamah, semalam.

“Ya tuan,” jawabnya.
“Tindak balas anda ialah apabila anda ditolak, anda tidak berundur lagi? “Tidak,” jawab remaja berkenaan.

Dalam video itu, kedua-duanya berdiri bersemuka dengan masing-masing menggenggam tangan.

Selepas remaja itu menolak Johnson kali pertama, dia menolak balik remaja itu hingga dia terjatuh.

Johnson kemudian berulang kali menumbuk muka mangsa, kadangkala berhenti, seolah-olah untuk memaksanya melihatnya semula sebelum dia menumbuk lagi.

Remaja itu berkata, dia ingat dia jatuh ke tanah dan ditumbuk oleh Johnson sebelum pengsan selepas itu.

“Saya cedera di kening. Bibir saya pecah dan beberapa gigi saya patah,” katanya kepada mahkamah. - DM

sumber : myMetro

Saturday 3 March 2012

Logo halal ‘pork-free’ MELAKA

MELAKA: Arahan supaya semua premis menjual makanan di Malaysia hanya menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang berkuat kuasa sejak dua bulan lalu, masih gagal dipatuhi sepenuhnya.
Tinjauan Metroplus mendapati masih banyak restoran di sekitar bandar ini menggunakan logo halal dipercayai dikeluarkan syarikat swasta bagi menarik kehadiran pengguna Islam.

Malah, ada juga sebuah restoran menggunakan logo bentuknya seakan logo halal Jakim, tetapi di dalamnya tertera ‘pork-free’ atau bebas daging babi.

Penggunaan logo berkenaan masih menimbulkan tanda tanya terhadap pengguna Islam mengenai penguatkuasaan yang sepatutnya dilakukan bagi memastikan tidak timbul kekeliruan.


Pengguna, Shahril Mohd Zangi, 34, berkata isu halal terutama makanan amat penting dan kerajaan perlu bertindak lebih tegas kepada peniaga yang gagal mematuhi arahan.

Katanya, mungkin tidak semua pengguna Islam di Malaysia tahu mengenai hanya satu logo diiktiraf dan peniaga belum menurunkan logo halal lain.

“Apabila perkara ini tidak dipantau pengguna Islam terus makan di situ sedangkan status halalnya masih diragui.

“Sepatutnya pemantauan dan operasi besar-besaran dilakukan untuk mengarahkan peniaga terbabit menurunkan logo halal selain dikeluarkan Jakim bagi mengelakkan kekeliruan,” katanya.

Shahril berkata, Melaka turut dikunjungi pelancong Islam dari luar negara, mungkin mereka tidak mengetahui hanya logo halal Jakim diiktiraf.

Katanya, apabila ini berlaku sudah pasti mereka mengunjungi restoran berkenaan akibat terlepas pandang oleh pihak berkuasa.

“Saya berharap perkara ini diatasi segera bagi mengelakkan timbul masalah di kemudian hari atau peniaga terbabit terus menggunakan logo berkenaan untuk meyakinkan pengguna Islam,” katanya.

Sementara itu, pengguna lain, Mohd Sukri Abdullah, 26, berkata perkara ini amat serius dan perlu dibanteras segera bagi membolehkan orang Islam memilih premis menjual makanan yang diiktiraf halal.

Katanya, terdapat banyak restoran terutama di pusat beli-belah, tetapi pengguna hanya yakin restoran itu halal sekiranya ia dipamerkan logo mengenainya.

“Di samping itu, pihak berkuasa perlu memberi penerangan konsep makanan halal mengikut hukum syarak terhadap pengusaha makanan bukan semata-mata premis mereka bebas menjual daging babi.

“Ada pihak menggunakan tanda perniagaan mereka bebas babi, tetapi hakikatnya mereka tidak mengetahui sumber atau bahan yang diadun dalam makanan itu halal atau tidak perlu juga diambil kira,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Datuk Mohd Zin Mansor berkata, pihaknya akan mengarahkan pemilik premis terbabit menurunkan logo halal selain dikeluarkan Jakim sekurang-kurangnya sehingga penghujung tahun ini.

Katanya, sekiranya ia masih digunakan mereka, pihaknya akan melakukan operasi bagi menurunkan logo halal berkenaan.

“Peniaga atau pengusaha makanan yang menggunakan logo halal selain dikeluarkan Jakim mereka diminta membuat permohonan untuk mendapatkan pengiktirafan halal dari Jakim.

“Sekiranya mereka masih menggunakan logo yang tidak diiktiraf tindakan diambil terhadap mereka,” katanya.

sumber: myMetro

7 kepala manusia ditemui

DURANGO: Pihak berkuasa Mexico menemui tujuh kepala manusia di jalan raya di sebuah bandar di Durango, utara negara itu.
“Tujuh kepala manusia ditemui di jalan raya di Santiago Papasquiaro,” kata jurucakap Pejabat Peguam Negara Durango, Raymundo Enriquez.

Ia ditemui di kawasan kediaman di bandar yang mempunyai penduduk seramai 40,000 orang itu, 750 kilometer ke barat laut Mexico City.
Turut ditemui ialah mesej yang ada kaitan dengan kumpulan penjenayah yang mengancam pegawai kehakiman tempatan.

Sebahagian Mexico, termasuk Durango, dicengkam keganasan yang ada hubungan dengan kumpulan penjenayah. Pembunuhan kejam, seperti memenggal kepala digunakan untuk menyampaikan mesej kepada musuh.

Kira-kira 50,000 orang dipercayai mati dalam keganasan yang ada kaitan dengan kumpulan dadah sejak Disember 2006 apabila Presiden Felipe Calderon mula mengerah tentera memerangi jenayah terancang. - Reuters



sumber: myMetro

Pekerja dibaham singa betina

SYDNEY: Seorang lelaki cedera selepas dibaham seekor singa betina di sebuah taman hidupan liar di Darwin semalam.
Mangsa dikejarkan ke hospital dengan kecederaan pada lengannya.

Kejadian berlaku selepas Peter Davidson menghulurkan tangannya ke dalam kandang haiwan itu menerusi jeriji kandang itu.

“Seorang kanak-kanak perempuan datang dan memberitahu ada orang digigit oleh singa,” kata Ketua Saintis di Taman Crocodylus, Charlie Manolis.


Manolis berkata, lelaki itu bekerja di taman berkenaan dan sedang mencabut rumput berhampiran kandang itu apabila singa berkenaan, Shebe, 9, membahamnya. - AP
   

sumber:myMetro

Dakwa dipukul guru muzik

PRIHATIN...aktivis masyarakat Klang, Peter Tan (kiri) menunjukan kesan lebam pada pipi Ng, sambil diperhatikan ibunya.
PRIHATIN...aktivis masyarakat Klang, Peter Tan (kiri) menunjukan kesan lebam pada pipi Ng, sambil diperhatikan ibunya.
KLANG: Hanya kerana menegur rakan sekelasnya bermain satu permainan tangan, seorang pelajar sekolah swasta cedera di kepala, muka, mulut, kaki dan bahagian belakang kerana dipukul guru muziknya.
Menceritakan semula kejadian pada 29 Februari lalu, mangsa, Ng Shoon Vee, 14, berkata, guru muzik berumur 50 tahun itu mengarahkan dia keluar dari kelas tanpa memberitahu kesalahannya.

“Saya tidak tahu apa kesalahan saya, tetapi cikgu terus mengarahkan saya ke luar kelas sebelum merotan bahagian belakang, kaki dan tangan saya.
“Saya sempat menepis rotan itu, tetapi cikgu menumbuk pula muka saya bertalu-talu melebihi 10 kali hingga saya terhantuk ke dinding,” katanya dalam sidang media di Kelab Eksekutif Klang, semalam.

Ng berkata, guru terbabit hanya berhenti memukulnya selepas menyedari kehadiran guru lain di kawasan itu.

Ibu mangsa, Tan Wan Ching, 40, berkata, selepas kejadian itu dia terus membuat laporan polis dan membawa anaknya menjalani pemeriksaan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

“Saya juga sudah memaklumkan mengenai kejadian itu kepada pengetua sekolah berkenaan, namun guru terbabit menceritakan cerita yang sebaliknya,” katanya.

Wan Ching berkata, dia harap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap guru itu sebelum lebih ramai pelajar lain menjadi mangsanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop mengesahkan kejadian berkenaan dan pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

Jurucakap Jabatan Pelajaran Selangor berkata, pihaknya tidak menerima laporan berhubung kejadian berkenaan, namun jika pelajar terbabit bersekolah di sekolah swasta, Jabatan Pelajaran tiada kuasa.

sumber: myMetro

Wednesday 29 February 2012

Kitab Injil asal 1,500 tahun ditemui, disembunyikan sejak 12 tahun lalu

Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.

Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.
Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.

Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa.

Kucing kecewa popular di Youtube



Apartmen runtuh kerana paip gas meletup




BEBERAPA anggota penyelamat memeriksa lokasi runtuhan bangunan apartmen di bandar Astrakhan, Rusia semalam.

MOSCOW - Beberapa pegawai menyatakan sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan 12 lagi cedera selepas satu bahagian bangunan apartmen setinggi sembilan tingkat di Rusia runtuh berpunca daripada satu letupan paip gas. Letupan dan runtuhan yang berlaku di bandar Astrakhan yang terletak 1,300 kilometer dari tenggara bandar raya Moscow itu turut menyebabkan lima mangsa hilang.
Beratus-ratus anggota penyelamat mencari mangsa yang hilang di celah runtuhan semalam.
Perdana Menteri, Vladimir Putin telah mengarahkan tugas beberapa pegawai syarikat gas tempatan digantung sehingga siasatan letupan tersebut selesai dilakukan.
Letupan disebabkan oleh paip bocor di bangunan apartmen di Rusia yang kerap berlaku.
Putin turut mengarahkan pihak berkuasa tempatan supaya mencari apartmen baharu untuk semua penduduk di sekitar bangunan tersebut. - Agensi


sumber:  KOSMO!!

Cipta pesawat di atas bumbung rumah



PESAWAT buatan sendiri yang dicipta oleh Li Jungchun dilihat berada di atas bumbung
rumahnya di Kampung Xiahe semalam.



KAMPUNG XIAHE, China - Seorang petani berusia 58 tahun, Li Jingchun mencipta pesawat buatan sendiri di atas bumbung rumahnya di sini.
Dia menyembur cat pada badan pesawat itu yang sepanjang 5 meter (m) dan lebar 1.5m.
Kebanyakan badan pesawat itu diperbuat daripada barang kitar semula dengan kos lebih 40,000 yuan (RM19,136). - Reuters


sumber: KOSMO!!

Kelas seni menghias haiwan yang diawet


SEORANG pelajar meletakkan gitar mainan di celah kaki seekor tikus yang telah diawet.


BROOKLYN, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah kelas seni yang mengajar menghias haiwan yang telah diawet dibuka kepada orang ramai di kawasan kejiranan Gowanus di sini.
Kelas selama empat jam itu mengajar pelajar cara untuk menghias haiwan yang telah diawet dengan memakaikan pakaian.
Para pelajar juga diajar cara untuk menjadikan tikus yang telah diawet duduk dan membuat gaya seperti manusia.
Seni itu amat popular semasa zaman pemerintahan Ratu Victoria di Britain.
Kelas itu diajar oleh seorang artis tatu, Susan Jeiven.- Agensi

sumber:  KOSMO!!

Konsert Erykah Badu dibatal kerana meletakkan kalimah ALLAH di badan.

KUALA LUMPUR - Konsert penyanyi wanita Amerika, Erykah Badu yang dijadual berlangsung di ibu negara malam ini dibatalkan kerana melanggar garis panduan Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman Tumblr beliau berkata, persembahan itu juga dibatalkan kerana melanggar syarat-syarat kelulusan iaitu menyentuh sensitiviti agama, bangsa serta nilai budaya masyarakat Malaysia.
Erykah Badu yang berasal dari Dallas, Texas pernah memenangi anugerah Grammy dan dijadual membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini malam ini. Erykah sudah pun berada di Kuala Lumpur sejak Ahad lalu.
Rais berkata, perbuatan artis itu meletakkan tulisan kalimah Allah di badan tanpa baju adalah satu penghinaan kepada agama Islam dan merupakan kesalahan yang serius.
"Perlanggaran syarat ini telah menimbulkan bantahan masyarakat yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan memberi impak negatif kepada imej kerajaan," katanya.

sumber: KOSMO!!

Jalur Gemilang, Malaysia dekat di hati Bluebirds


http://www.veryicon.com/icon/png/Sport/British%20Football%20Club/Cardiff%20City.png

MALAYSIA semakin terkenal di Wales ekoran pemilikan rakyat Malaysia ke atas salah satu kelab utama negara itu Cardiff City yang kalah 2-3 menerusi penentuan penalti kepada Liverpool pada perlawanan akhir Piala Liga di Stadium Wembley, London, Ahad lalu.
Walaupun kalah, rakyat Wales tetap menganggap Cardiff adalah pemenang sebenar Piala Liga semalam kerana semangat melawan yang dipamerkan terhadap kelab gergasi Liga Perdana, Liverpool.
Kumpulan wartawan Malaysia yang menyaksikan perlawanan akhir penuh cukup dramatik semalam, dapat menyelami betapa penyokong Cardiff berterima kasih kepada Malaysia dan pengerusi kelab, Datuk Chan Tien Ghee kerana menjulang kelab mereka mara ke perlawanan akhir Piala Liga.
Sebenarnya perlawanan akhir itu juga ibarat pertembungan dua pasukan kebangsaan iaitu antara Liverpool yang mewakili England manakala Cardiff mewakili Wales.
Pertembungan akhir tersebut dihangatkan lagi dengan kekalahan 12-19 England kepada Wales pada Kejohanan Ragbi Enam Negara iaitu sehari sebelum perlawanan akhir Piala Liga.
Ini menyebabkan ramai yang meramalkan Cardiff dapat meneruskan kejayaan skuad ragbi Wales, namun akhirnya hampa apabila tunduk 2-3 menerusi penentuan penalti.
Rasa terima kasih penyokong Cardiff terserlah kerana mereka begitu bangga menyarung jersi kelab mereka yang tertera nama Malaysia.
Malah, nama Malaysia turut dilaung kuat oleh ribuan penyokong Cardiff setiap kali mereka bersorak pada perlawanan akhir Piala Liga.
Penyokong Cardiff amat berharap sentuhan Malaysia dapat menjulang kelab itu memasuki era baru dengan sasaran terdekat ialah layak ke Liga Perdana England musim depan.
Cardiff sudah lama dahagakan kejayaan selepas era gemilang mereka sudah lama berlalu iaitu memenangi Piala FA pada 1927.
Kelab yang diasaskan pada 1899 itu tersingkir sehingga ke Divisyen Empat pada 1986 selama 14 tahun.
Selain nama Malaysia, nama Tien Ghee juga sering menjadi sebutan di kalangan penyokong Cardiff, malah beliau merupakan antara wajah yang cukup dikenali di bandar raya Cardiff.
Ini terbukti apabila beliau menjadi tumpuan setiap kali muncul dikhalayak umum, pasti ada penyokong Cardiff yang menyapa dan bersalaman dengan beliau. Tien Ghee umpama selebriti di Cardiff.
Jalur Gemilang turut berkibar di celah-celah kain rentang Cardiff daripada pelajar dan rakyat Malaysia yang menetap di London yang tidak melepaskan peluang menyaksikan perlawanan akhir Piala Liga semalam.
Debaran yang dirasai penyokong Cardiff turut dirasai rakyat Malaysia di sepanjang perlawanan akhir Piala Liga itu kerana mereka menyifatkan Cardiff adalah sebahagian daripada Malaysia.
Presiden Kelab Penyokong Malaysia di London, Dzuhair Hanafiah yang turut menyaksikan perlawanan akhir itu berkata, sebagai rakyat Malaysia, dia bangga kerana dapat melihat Jalur Gemilang turut berkibar di Wembley.
“Sebagai Kelab Penyokong Kelab Malaysia di United Kingdom, saya dan ahli-ahli kelab akan hadir di setiap venue jika ada atlet negara yang terlibat dalam apa jua sukan di United Kingdom.
“Melihat Jalur Gemilang berkibar di Wembley pada perlawanan akhir Piala Liga ini, ia sesuatu yang amat membanggakan,” katanya yang berharap Jalur Gemilang akan berkibar lagi pada Sukan Olimpik 2012 di London pada Julai ini.

sumber: UtusanMalaysia