TOKYO: Setahun selepas satu daripada tragedi gempa bumi terbesar yang
direkodkan dalam sejarah berlaku, saintis Jepun memberi amaran terbaru,
Tokyo mungkin dilanda gempa yang membunuh ribuan orang dan menyebabkan
kerosakan teruk.
Tokyo yang menjadi kediaman kepada 35 juta penduduk telah menyaksikan
peningkatan tiga kali aktiviti tektonik sejak gempa bumi berukuran 9.0
magnitud di dasar laut yang mencetuskan ombak tsunami Mac tahun lalu.
Setiap
hari secara purata hampir 1.5 gempa direkod di sekitar bandar raya itu,
satu daripada yang paling padat penduduk di dunia. Bagaimanapun,
penduduk Tokyo sudah biasa dengan gegaran ketika berada di katil atau
meja hingga majoriti penduduk melaluinya tanpa sebarang aduan.
Bandar raya itu tidak diragukan ialah satu daripada tempat paling
kalis gempa di dunia. Malah, gempa gergasi pada 11 Mac tahun lalu yang
melanda 370 kilometer dari Tokyo menyebabkan kerosakan kecil.
Pengangkutan awam menjadi kucar-kacir buat sementara waktu menyebabkan
ribuan orang terperangkap, tetapi tiada bangunan runtuh dan tiada
kecederaan dalam skala besar.
Institut Penyelidikan Gempa Bumi
Universiti Tokyo berkata, bandar raya itu dibina di persimpangan empat
plat tektonik mempunyai peluang 50 peratus dilanda gempa besar -
berukuran lebih 7.0 magnitud dalam tempoh empat tahun akan datang.
“Kami
perlu bersiap sedia dengan kejadian gempa yang akan berlaku,” kata
Pengarah Eksekutif agensi Jepun milik kerajaan untuk Sains dan Teknologi
Marin-Bumi, Asahiko Taira. - AFP
sumber: myMetro
No comments:
Post a Comment