Try look at this ..

Sunday 1 April 2012

Video Tragis: Pengunjung Pantai Dibaham Paus Pembunuh Hidup-hidup



Sesungguhnya, setiap yang hidup itu, telah pun ditetapkan oleh Allah S.W.T akan mati juga seperti yang telah tertulis dalam takdir Illahi.
Namun, tiada siapa yang mengetahui bila, waktu dan saat kita semua akan mati kerana itu semua adalah rahsia dari Allah.




Sebuah video yang menyayat hati, benar-benar meruntun perasaan sedih tatkala melihatkan insiden tragis yang menimpa ke atas seorang lelaki yang sedang bergembira di tepi pantai.
Lokasi dalam video itu tidak dapat dikenal pasti tetapi penulis yakin, kejadian itu berlaku di negara Arab.
Seorang pengunjung pantai kelihatan gembira untuk menikmati aktiviti riadahnya di tepi pantai.
Bagaimanapun, kuasa Allah mengatasi segala-galanya apabila seekor ikan paus pembunuh berenang ke tepi pantai dan seterusnya membahan lelaki tersebut!
Subhanallah! Tiada apa yang mampu diungkapkan melainkan istighfar yang mendalam dalam hati.
Semoga kejadian ini dapat kita sama-sama jadikan iktibar dan berdoa semoga Tuhan sentiasa memberi perlindungan kepada diri kita setiap masa. Insyallah.


Masjid Ar-Rahimiah ‘terapung’ ketika solat Jumaat



KLANG: Jemaah Masjid Ar-Rahimiah, di sini, terpaksa menunaikan solat Jumaat di tingkat satu dan tingkat dua masjid berkenaan selepas dewan solat utama dipenuhi air akibat banjir kilat, semalam.
Timbalan Nazir Masjid, Jaafar Samsuddin berkata, dewan solat utama masjid dipenuhi air akibat hujan lebat menyebabkan air longkang dan air dari bukit berhampiran melimpah.
Katanya, kerugian dianggarkan RM800,000 kerana permaidani dewan solat perlu diganti baru selain peralatan audio yang rosak ditenggelami air.




“Selain itu, perpustakaan yang menempatkan buku bacaan dan kitab serta bilik imam dimasuki air.
“Buat sementara waktu, solat dan aktiviti keagamaan diadakan di tingkat satu dan dua masjid sehingga permaidani baru siap dipasang,” katanya ketika ditemui, semalam.
Jaafar berkata, pihaknya sudah membina tembok simen di depan dewan solat bagi menghalang air memasuki dewan solat selepas kejadian sama berlaku beberapa tahun lalu.
Namun, kali ini pengurusan memecahkan tembok simen berkenaan bagi membolehkan air yang bertakung dalam dewan solat dikeluarkan.
Katanya, pengurusan masjid sudah beberapa kali mengutarakan masalah dihadapi kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), namun masalah sama masih berulang.
Menurutnya, buat sementara waktu, satu tembok yang lebih tinggi dibina di dewan solat utama bagi mengatasi masalah berkenaan supaya tidak berulang.

sumber : hmetro

Awas! Taktik menculik budak di pasaraya



Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.
Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya.Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.
Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur , dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.




Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit !Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.
Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit.Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas
SEBARKAN BERITA INI SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA!


sumber : hmetro

Fatwa dan hukum menyambut ‘April Fool’s Day’


Presiden Persatuan Ulama Dunia, Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyebut:
Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]
Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]
Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]





Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab:
  1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
  2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
  3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
  4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.
Sheikh Atiyyah Saqr pula menyatakan:
Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.
Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan darurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “darurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Darurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.
Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].
Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi iaitu ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan.
Sheikh Shalih Fauzan menyatakan :
Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari April Fool, mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”
Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.


sumber : hmetro

2 beradik terselamat, kereta putus dua


KEADAAN kereta Proton Iswara terputus dua dalam kemalangan di Lebuh AMJ berhampiran Rembia, Alor Gajah malam kelmarin.
ALOR GAJAH – Dua beradik terselamat walaupun kereta yang dinaiki mereka terputus dua setelah terlibat dalam kemalangan di Lebuh AMJ berhampiran Rembia di sini malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, dalam kejadian pukul 9.10 malam itu, kereta jenis Proton Iswara yang dipandu Soo Yang Shin, 18, dari arah Rembia menghala ke bandar Melaka dipercayai terbabas lalu memasuki laluan bertentangan.




“Kereta ini kemudian bertembung pula dengan sebuah kereta jenis Honda Civic dipandu seorang lelaki menyebabkan Proton Iswara itu terputus dua.
“Yang Shin dan adiknya, Soo May Xin, 16, yang duduk di bahagian hadapan bagaimanapun terselamat dengan mengalami kecederaan parah,” katanya di sini semalam.
Menurutnya, kedua-dua mangsa menerima rawatan di Hospital Melaka dan keadaan mereka dilaporkan stabil.
Katanya, pemandu kereta jenis Honda Civic berkenaan, Salehuddin Ishak, 42, turut terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

200 ‘Awang Hitam’ merusuh


SEBAHAGIAN daripada warga Nigeria berkumpul di Kondominium Venice Hill, Batu 9, Kajang semalam.
KAJANG – Kira-kira 200 ‘Awang Hitam’ yang tinggal di Kondominium Venice Hill, Batu 9 di sini merusuh setelah mereka tidak berpuas hati dengan tindakan tujuh anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang didakwa memukul seorang pelajar warga Nigeria di pekarangan kondominium itu semalam.
Rusuhan pada pukul 12 tengah hari itu menyebabkan sebuah pondok pengawal di pintu masuk utama dan salah satu pejabat pengurusan di blok Tower 3 kondominium tersebut rosak dipecahkan kumpulan tersebut.




Seorang saksi berkata, warga Nigeria terbabit bertindak berkumpul di tepi jalan dengan membawa parang dan batang besi kerana tidak berpuas hati rakan mereka dipukul.
Kejadian itu dikatakan berpunca apabila suspek berusia 35 tahun yang juga seorang pelajar sebuah kolej di sini didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang tukang cuci wanita tempatan berusia 43 tahun.
Lelaki berkenaan didakwa bertindak memeluk, mencium serta mencabul mangsa terbabit ketika wanita melakukan kerja mencuci di tingkat 15 blok Tower 3 kondominium tersebut pada pukul 11.30 pagi.

sumber : hmetro

Telur Rebus Air Kencing Kanak-Kanak Lelaki


Dunia ini sememangnya memiliki pelbagai budaya aneh dan tradisi pelik yang kadangkalanya layak dianggap sebagai satu amalan yang meloyakan anak tekak kita.
Di Dongyang, sebuah kawasan yang terletak di provinsi Zhejiang di China, terdapat sejenis resepi tradisi masyarakat tempatan yang diberi nama ‘telur anak teruna’ (Virgin Boy Egg).
Menurut laman ibtimes.com, resepi ‘telur anak teruna’ itu diperbuat dari telur ayam yang direbus di dalam periuk besar dengan menggunakan air kencing budak lelaki!




Sebuah baldi besar disediakan di tandas-tandas yang digunakan oleh kanak-kanak lelaki dan para peniaga ‘telur anak teruna’ akan mengumpul air kencing tersebut untuk dijadikan ramuan resepi itu pada setiap hari.
“Ia sangat bagus untuk kesihatan, kami makan (telur anak teruna) setiap hari dan seluruh keluarga di Dongyang menggemarinya,” kata penjual telur tersebut, Ge Yaohua, 51.
Masyarakat Dongyang mendakwa bahawa antara khasiat ‘telur anak teruna’ itu ialah ia mampu menguatkan tubuh dan menghilangkan rasa sengal-sengal badan pada sesiapa yang menikmatinya resepi ‘istimewa’ itu.
“Dengan makan telur ini setiap hari, kami tidak akan sakit pinggang, kaki atau sendi. Ia juga mampu memberikan tenaga tambahan untuk kami bekerja,” kata Li Yangzhen pula yang kemudiannya membeli 20 biji ‘telur anak teruna’ dari Ge.
Sesetengah pakar perubatan tradisional masyarakat Cina bagaimanapun agak khuatir dengan tradisi yang berasaskan urin dan dimasak secara terbuka di gerai-gerai telur tersebut.
Begitu juga dengan sesetengah masyarakat di Dongyang yang sangsi dengan makanan tradisi masyarakat di situ dan enggan meneruskan budaya itu dengan keluarga masing-masing.
“Saya tidak percaya pada khasiat telur itu, jadi saya tak makan telur itu,” kata Wang Junxing, 38. – Mynewshub.my