Try look at this ..

Wednesday 7 March 2012

Tujuh berpesta arak bergaduh

ALOR GAJAH: Pesta arak membawa kepada pertengkaran antara tujuh pekerja sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Sungai Baru, dekat sini, bertukar tragedi apabila tiga daripada mereka cedera dengan dua daripadanya parah akibat diserang empat rakan yang berang, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, tujuh pekerja ladang itu yang berusia 20 dan 53 tahun berpesta arak di belakang rumah pekerja selepas menerima gaji sebelum bergaduh sesama sendiri.

Akibatnya, dua pekerja berumur 53 dan 31 tahun parah di kepala manakala seorang lagi berusia awal 30-an cedera di badan selepas ditetak dengan senjata tajam oleh empat lelaki yang juga rakan mereka.
Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Melaka dengan dua ambulans.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, siasatan awal mendapati kumpulan pekerja warga India itu minum arak bermula jam 11.30 malam hingga lewat malam sebelum mereka bertikam lidah.

“Empat daripada tujuh lelaki terbabit berang lalu menyerang tiga rakan mereka menggunakan berbagai peralatan kerja seperti parang, sabit dan kayu belantan.

“Polis yang menerima panggilan tiba di tempat kejadian dan mendapati tiga mangsa terbaring atas jalan berlumuran darah sebelum menahan empat suspek bagi membantu siasatan,” katanya.

sumber: myMetro

No comments:

Post a Comment