PUTRAJAYA: Sikap degil penternak lembu persendirian yang membiarkan
ternakan mereka berkeliaran di sekitar Taman Industri Mas Sepang,
Puchong, Selangor, dekat sini, menerima padah.
Ini berikutan tindakan tegas Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang)
yang menjalankan operasi menangkap ternakan itu di kawasan berkenaan
dalam operasi dua jam bermula 12 tengah hari, kelmarin.
Pengarah Penguatkuasa MPSepang, Superintendan (K) Mohd Azran Musa
berkata, operasi membabitkan tujuh anggota itu dilakukan selepas
mendapat aduan orang ramai terutama pengguna jalan raya yang bimbang
keselamatan mereka.
Menurutnya, dalam operasi itu pihaknya menangkap 10 lembu dan
mengeluarkan kompaun bernilai lebih RM2,000 kepada pemilik yang menuntut
ternakan berkenaan mengikut Enakmen Lembu dan Kerbau 1971.
“Selepas ternakan itu ditangkap, ada di kalangan pemilik merayu supaya
tidak dikenakan kompaun, tetapi kami bertindak tegas supaya kejadian
sama tidak berulang.
“Pada masa sama, kami meminta pemilik
ternakan itu menanggung kos tangkapan sebelum memulangkan semula kepada
mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Mohd Azran
berkata, pihaknya menjalankan operasi tangkapan itu selepas beberapa
amaran yang diberikan kepada penternak terbabit tidak diendahkan, malah
masih mengulangi kesalahan berkenaan.
sumber: myMetro
No comments:
Post a Comment